Selasa, 30 Oktober 2012

PRoMoSi...sKENbok BlUetHooTH..

Berfikir sejenak untuk pembelian akseksori kecantikan dan hiburan bagi golongan wanita…Memperkenalkan SkenBok Bluethooth Headset iaitu produk baru bagi memudahkan kaum hawa yang menginginkan kecantikan dan hiburan semasa menjalankan tugas..




Disini Kami menyediakan pelbagai reka bentuk cekak rambut dengan harga berpatutan mengikut kualiti yang disediakan.

Disini juga kami menyediakan perkhidmatan untuk pembuatan cekak rambut yang dipilih oleh pelanggan dan kami akan mengabungkannya dengan headset dan bluethooth Headset. Anda boleh memilih reka bentuk cekak rambut kegemaran anda di sini.
Skaf Lekap : RM25

Lilian Skaf Headbend: RM 28

RoZ HeadbenD: RM 20

MeLuf HeadbenD: RM 20

Black HeadbenD: RM15

Blackies HeadbenD: RM 15

White Headbend: RM15

        Ini adalah jenis-jenis reka bentuk yang sedia ada dalam kedai kami. Pelanggan boleh memilih mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi yang telah siap, harganya akan ditetapkan mengikut harga kualiti headset yang dipilih.

BERKUNJUNGLAH KE LAMAN INI UNTUK MENDAPATKAN PRODUK KAMI DENGAN SEGERA!!!!


Sabtu, 20 Oktober 2012

Memperkenalkan Skenbok Bluethooth Headset yang telah dicipta oleh sekumpulan pelajar Politeknik Mukah Sarawak. Akhirnya, rekaan ini telah berjaya dipertandingkan dan berjaya menjadi Projek Inovasi Terbaik INNOCOM Jabatan Perdagangan Politeknik Mukah Sarawak 2012. Produk ini merupakan inovasi jenis gabungan antara dua produk bagi menghasilkan satu produk yang baru dan belum pernah wujud di pasaran negara kita pada masa kini.
Produk ini dicipta bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan seharian. Gabungan cekak rambut dan Bluetooth headset telah menampilkan gaya terbaru bagi golongan wanita pada masa kini. Walaupun berprofil rendah, tapi kegunaannya memberi faedah kepada yang gemar melakukan aktiviti harian sambil ada hiburan di sisi mereka iaitu sesuai digunakan bagi wanita ketika bekerja, bersenam dan bersantai dimana sahaja berada Selain itu, ia dapat mengurangkan kesan radiasi radio daripada telefon bimbit “GSM”. Bunyi yang dihasilkan mampu digubah mengikut kehendak pengguna. Seterusnya, “Pairing Security” hanya membenarkan peranti bluetooth berkomunikasi kepada satu telefon sahaja dalam satu masa untuk mengelakannya digodam.
Nokia Bluethooth Headset

Semasa dalam proses


Hasilnya menjadi Skenbok Bluethooth Headset
Produk ini mampu dikomersialkan di pasaran kerana ianya mengabungkan kualiti dan fesyen yang belum terdapat lagi di pasaran setakat ini. Mempu menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan wanita ketika melakukan kerja. Produk ini menghasilkan kualiti bunyi yang tinggi kerana menggunakan DAC (digital to analog converter) yang berkualiti tinggi.
Diharapkan semua berpuas dengan Produk yang kami reka.

Isnin, 15 Oktober 2012

SkenBok Bluethooth Headset

Salam Sejahtera,,
Sambungan Produk Inovasi-Pengenalan- 
Kala diri leka mencari aksesori untuk digandingkan bersama busana pilihan, cekak rambut biasanya tiada dalam senarai kerana majoriti menganggap sukar untuk digayakan, apatah lagi selepas rambut didandan cantik. Biarpun sering diketepikan, cekak rambut sebenarnya berupaya mencetuskan stail berbeza dan eksentrik pada si pemakainya terutama apabila dihiasi perincian seperti butang, manik, batu gem (permata tiruan), klip, zip serta bulu binatang. Setiap cekak rambut koleksi ini adalah buatan tangan menggunakan reben daripada fabrik grosgrain dan batuan gem. Disini merupakan contoh cekak rambut yang telah dihasilkan.

  Setelah mengetahui kegunaan cekak rambut, satu idea hasil daripada  penggunaan cekak rambut  akan digabungkan dengan alat MP3 ataupun Bluethooth Headset. Produk ini akan dihasilkan bagi memudahkan pengguna wanita pada masa kini yang menginginkan trend terbaru. Oleh itu, kumpulan kami akan menghasilkan produk yang sedia ada dan akan menghasilkan bentuk inovasi terkini bagi mengabungkan kedua-dua produk tersebut. Idea ini berikutan daripada hasil kajian yang menunjukan wanita pada masa kini yang sering menggunakan cekak rambut sambil mendengar MP3 ataupun headset daripada telefon mudah alih mereka. Disitu idea untuk mengabungkan kedua-dua produk tersebut dihasilkan bagi memudahkan penggunaan wanita dan tidak merimaskan cara pemakaian cekak rambut disamping Headset. Gambar produk akan disediakan kemudian bagi melihat hasil seterusnya. Harap sabar menunggu produk terbaru kami.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Pengenalan Produk Inovasi

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan selamat datang ke blog saya yang terbaru..Pada 19/10/12 ini kami dikehendaki untuk membuat pembentangan inovasi terbaru. Disini saya dan rakan sekumpulan saya telah mencari idea untuk mereka satu benda yang terbaru yang mungkin orang ramai pernah dengar tetapi belum dijumpai. Buat masa sekarang, perancangan projek kami masih dijalankan dan akan dibentangkan pada tarikh tersebut. Saya akan attachkan gambar tersebut apabila telah siap sepenuhnya..Harap bersabar menunggu produk yang akan kami hasilkan..Disini saya telah attachkan sebahagian daripada bahan kerja kami yang belum siap sepenuhnya.
Barang Inovasi