Isnin, 15 Oktober 2012

SkenBok Bluethooth Headset

Salam Sejahtera,,
Sambungan Produk Inovasi-Pengenalan- 
Kala diri leka mencari aksesori untuk digandingkan bersama busana pilihan, cekak rambut biasanya tiada dalam senarai kerana majoriti menganggap sukar untuk digayakan, apatah lagi selepas rambut didandan cantik. Biarpun sering diketepikan, cekak rambut sebenarnya berupaya mencetuskan stail berbeza dan eksentrik pada si pemakainya terutama apabila dihiasi perincian seperti butang, manik, batu gem (permata tiruan), klip, zip serta bulu binatang. Setiap cekak rambut koleksi ini adalah buatan tangan menggunakan reben daripada fabrik grosgrain dan batuan gem. Disini merupakan contoh cekak rambut yang telah dihasilkan.

  Setelah mengetahui kegunaan cekak rambut, satu idea hasil daripada  penggunaan cekak rambut  akan digabungkan dengan alat MP3 ataupun Bluethooth Headset. Produk ini akan dihasilkan bagi memudahkan pengguna wanita pada masa kini yang menginginkan trend terbaru. Oleh itu, kumpulan kami akan menghasilkan produk yang sedia ada dan akan menghasilkan bentuk inovasi terkini bagi mengabungkan kedua-dua produk tersebut. Idea ini berikutan daripada hasil kajian yang menunjukan wanita pada masa kini yang sering menggunakan cekak rambut sambil mendengar MP3 ataupun headset daripada telefon mudah alih mereka. Disitu idea untuk mengabungkan kedua-dua produk tersebut dihasilkan bagi memudahkan penggunaan wanita dan tidak merimaskan cara pemakaian cekak rambut disamping Headset. Gambar produk akan disediakan kemudian bagi melihat hasil seterusnya. Harap sabar menunggu produk terbaru kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan